• Wartawan Nabalu News

Beberapa usul akan diluluskan semasa mesyuarat PIBG SK Telupid


27 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid akan meluluskan beberapa usul yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.


Yang Di-Pertua PIBG SK Telupid, Melton Martin berkata antara usul-usul tersebut ialah bagi menamakan dewan sekolah kepada Dewan Mohd Yusof Madusin dan padang sekolah kepada Padang Datuk Joseph Sitin Saang bagi mengingati jasa besar serta sokongan kedua-dua individu itu kepada sekolah.


“Usul lain iaitu bersetuju mewujud akaun bank PIBG dan mencadang Mesyuarat Agung PIBG diadakan secara Dwi-Tahunanm,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata mesyuarat tersebut akan diadakan bermula jam 8 pagi, pada 29 Oktober ini, di dewan sekolah itu.


Mesyuarat itu akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid Barizah Mohd Kahar.


“Saya berharap para ibu bapa dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat itu seterusnya mendapat maklum balas mengenai isu pendidikan terkini daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.


“Pelaksanaan Mesyuarat Agung ini dibuat secara pematuhan SOP penuh dan boleh dilihat secara langsung melalui laman facebook PIBG SK Telupid,” tambahnya.


Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi pihak sekolah.