top of page

Bedah Siasat Selesai, Jenazah Zara Qairina Dikebumikan Semula

  • nabalunews
  • 14 hours ago
  • 1 min read

ree

10 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Proses bedah siasat Zara Qairina Mahathir selesai selepas hampir 8 jam dijalankan pasukan forensik bermula jam 11 pagi tadi.


Jenazah kemudiannya dilihat dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE1) pada jam 9.20 malam menggunakan van jenazah dan diiringi kereta polis.


Kenderaan van jenazah akan terus menuju ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang untuk urusan pengkebumian semula.


Peguam Shahlan Jufri, yang mewakili keluarga Zara memaklumkan, proses bedah siasat terhadap jasad Zara selesai kira-kira jam 7.30 malam tadi.


Terdahulu, prosedur bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi oleh dua pakar forensik, iaitu Pakar Patologi HQE1, Dr Jessie Hiu bersama Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.


Turut terlibat dalam proses bedah siasat ialah Dr Khairul Anuar Zainun dan dibantu dua lagi anggota di bilik bedah siasat.


Sepanjang proses berkenaan, Shahlan turut memaklumkan beliau berada di dalam bilik bedah siasat dan hanya keluar seketika untuk mengambil udara segar di bilik kaca bersebelahan bilik bedah siasat.


Katanya, proses bedah siasat berjalan dengan lancar dan dilakukan secara telus oleh pihak berkuasa.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page