Bekalan air di POIC diangkut guna lori, bagaimana mau tarik pelabur masuk: MadiusBekalan air di POIC diangkut guna lori, bagaimana mau tarik pelabur masuk: Madius
top of page
  • nabalunews

Bekalan air di POIC diangkut guna lori, bagaimana mau tarik pelabur masuk: Madius


30 Sept 2021 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO- TUARAN) mempersoalkan sama ada hal ehwal keperluan asas di beberapa destinasi pelaburan di Sabah turut diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Katanya, satu perkara penting untuk kemakmuran dan pengembangan ekonomi di negeri ini adalah melalui kemasukan pelabur. “Hari ini kita bercakap tentang pendigitalan, dan saya berterima kasih kerana ada berbilion diperuntukkan untuk program ini. “Tetapi ada satu perkara juga yang sangat penting untuk menarik pelaburan iaitu hal bekalan air. Ia tidak langsung disebut semasa pembentangan RMK12. “Contohnya Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu. Adakah kerajaan sedar, dan adakah pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedar, bahawa bekalan air pun dihantar menggunakan lori di POIC Lahad Datu? “Ini destinasi pelaburan. Kalaulah bekalan air di sini dibawa masuk menggunakan lori dan sebagainya, bagaimana kita mampu menarik pelabur? Bagaimana kita boleh kembangkan ekonomi?” Madius berkata demikian ketika membuat celaan semasa Ucapan Perbahasan RMK12 di Persidangan Dewan Rakyat di sini. Terdahulu, beliau turut membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita antara Malaysia dengan Singapura. “Kita sudah lama membincangkan tentang hala tuju kemakmuran dan pengembangan ekonomi negara iaitu sejak Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) lagi. “Tapi kalau dilihat pencapaian daripada tahun 1970 sampai sekarang, KDNK per kapita pada ketika itu lebih kurang USD300. Hari ni Malaysia baru naik USD10,000. “Singapura pula pada ketika itu baru dalam lebih kurang USD900, dan hari ini sudah USD65,000. Begitu besar, ekonomi sudah berkembang. Dan kemiskinan di sana pun sudah terhapus. “Manakala bagi kita ekonomi tidak berkembang, sebagai contoh di Sabah, ekonomi baru USD5,000 per kapita,” katanya. Sehubungan itu katanya, hal-hal seperti bagaimana menarik kemasukan pelabur harus diberi tumpuan di Sabah untuk menyemarakkan ekonomi di negeri tersebut. “Tapi jika keperluan asas pun tidak dapat disediakan dengan baik, bagaimana pelabur berminat untuk datang? “Saya kurang pasti sama ada disebut dalam mana-mana perbincangan antara EPU dengan kerajaan negeri Sabah, tapi dalam pembentangan RMK12, ia langsung tidak disentuh,” tegasnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page