Bekalan elektrik di Timur Sabah kembali pulih sepenuhnya
9 November 2024
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity dalam kenyataan di sini hari ini.
“Sabah Electricity berterima kasih atas kesabaran pengguna yang terkesan. Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu.
Menurut laporan Bernama, gangguan terbabit melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan berma pada 12.14 tengah hari.
Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Sabah Electricity Careline 15444 atau 088-515000 untuk maklumat lanjut.
Comments