Bekalan makanan negara stabil, tidak terjejas konflik Asia Barat
- nabalunews
- Mar 5
- 1 min read

5 Mac 2026
KUALA LUMPUR: Bekalan makanan utama negara dilaporkan berada dalam keadaan mencukupi dan tidak terjejas susulan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan pada mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dipengerusikannya di Wisma Tani, tengah hari tadi.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa bekalan makanan utama negara, khususnya beras, adalah stabil dan tidak terjejas.
“Ia kerana negara yang terheret dalam konflik yang dicetuskan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat itu tidak memainkan peranan besar dalam pembekalan makanan kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan KPKM perlu terus memantau rapat perkembangan bekalan makanan negara dari semasa ke semasa kerana aspek sekuriti makanan adalah kritikal dan tidak boleh dikompromi.
Pada masa sama, katanya, beliau turut memantau secara serius kemajuan projek pembangunan yang dilaksanakan kementerian bagi mewujudkan ekosistem lebih kondusif untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara.
“Saya juga mengarahkan KPKM memastikan pelaksanaan projek dibuat mengikut jadual yang ditetapkan bagi memperkukuh usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk makanan import,” ujarnya.
Selepas mesyuarat tersebut, beliau turut menunaikan solat Zuhur bersama warga KPKM serta merakamkan penghargaan atas komitmen kementerian dan agensi dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara demi kebajikan rakyat.















By removing unnecessary branches, they help improve air circulation and allow sunlight to reach the lawn and tree care kansas city surrounding plants. This contributes to a healthier and more vibrant garden overall.