Bekas Ahli Parlimen Silam Meninggal Dunia
- nabalunews
- Apr 13
- 1 min read

13 April 2025
Lahad Datu: Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr Salleh Kalbi, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, hari ini, akibat jangkitan paru-paru.
Difahamkan Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 4.40 pagi ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu.
Isterinya, Datin Fatmah Abdul Aziz yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, jenazah akan diurus serta disembahyangkan di Masjid Firdaus, Kampung Sapagaya, di sini.
Katanya, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Terusan, di sini, selepas solat zohor tadi.
Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) pada tahun 2008 hingga 2013.
Comments