top of page

Belanjawan 2025 mencerminkan langkah progresif kerajaan untuk Sabah - KM Sabah

  • nabalunews
  • Oct 18, 2024
  • 1 min read

18 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai satu langkah progresif oleh Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.


Beliau turut memuji keutamaan yang terus diberikan kepada Sabah, dengan peruntukan RM6.7 bilion untuk negeri itu pada tahun depan, meningkat 0.45 peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Ia mencukupi untuk meneruskan projek pembangunan semasa tahun terakhir Rancangan Malaysia ke-12 tahun depan,” kata Hajiji selepas menyaksikan pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Kinabalu, lapor Bernama.


Hajiji turut menghargai komitmen kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kadar Pemberian Khas Sabah kepada RM600 juta dan menyatakan bahawa hak pembangunan Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dihormati.


Beliau juga menyambut baik pengumuman projek infrastruktur penting seperti 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan empat pakej Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 yang bernilai RM7.4 bilion, termasuk peruntukan bagi sekolah daif dan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau.

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page