top of page

Belanjawan 2025: MITI, KPT akan kemuka cadangan pembangunan bakat

nabalunews

27 Ogos 2024


PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengemukakan cadangan mengenai pembangunan bakat untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong pembangunan kecerdasan buatan (AI).


Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, cadangan yang akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) itu juga menyaksikan dua kementerian berkenaan saling berkongsi idea bagi memastikan negara mempunyai perancangan bakat mencukupi untuk menyokong industri berkenaan yang berkembang pesat, lapor Bernama.


"Saya telah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (mengenai perkara ini)...adalah penting untuk kita mempersiapkan industri ini dengan bakat yang mempunyai kemahiran AI.


"Sehubungan itu, kita akan bekerjasama bagi memastikan bakat-bakat daripada universiti dan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat latihan AI. Ini juga membolehkan kita mempunyai barisan bakat yang memadai apabila industri menggunapakai AI,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan AI 2024 di sini, pada Selasa.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page