BELANJAWAN NASIONAL 2021 LANGKAH TEPAT TANGANI KESAN COVID-19: HAJIJIBELANJAWAN NASIONAL 2021 LANGKAH TEPAT TANGANI KESAN COVID-19: HAJIJI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

BELANJAWAN NASIONAL 2021 LANGKAH TEPAT TANGANI KESAN COVID-19: HAJIJI


Hajiji Mohd Noor

6 Nov 2020

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengalu-alukan Belanjawan Nasional 2021 sebagai satu langkah tepat dalam menangani kesan buruk pandemik COVID-19 terhadap komuniti dan ekonomi.

Dengan fokus utama Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion, yang terbesar dalam sejarah, dia menyambut dengan gembira belanjawan itu bersifat pengembangan yang mengambil kira pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

Belanjawan Nasional 2021 akan menambahbaikan terhadap kejayaan stimulus kerajaan sebanyak RM305 bilion yang dimulakan pada Mei tahun lalu, dia berharap kejayaan ini akan mengembanhkan ekonomi, memastikan keharmonian rakyat, kelangsungan perniagaan dan meningkatkan daya tahan ekonomi.

Cadangan yang diusulkan untuk meningkatkan Bantuan Sara Hidup untuk diubah namanya menjadi Bantuan Prihatin Rakyat, katanya akan dapat membantu mengurangi beban rakyat.

Terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Azis, kerana Kerajaan Persekutuan juga telah memberi perhatian kepada keperluan Sabah.

Di bawah Belanjawan 2021, Sabah diperuntukkan sebanyak RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo dan pakej lain sekali gus katanya membuktikan bahawa kepentingan Sabah dekat di hati Kerajaan Persekutuan.

Antara berita baik dalam Belanjawan Nasional kepada Sabah ialah:

• Geran Khas Tambahan RM1,000 untuk peniaga, yang juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah untuk membantu mengurangkan penurunan kedatangan pelancong.

• Perkhidmatan bank bergerak diperluas ke Sabah untuk memudahkan penyaluran bantuan kerajaan kepada penduduk luar bandar

• RM41 juta untuk Program Hak Adat Anak Negeri untuk memelihara hak anak negeri di Sabah

• Peruntukan untuk Program Pengagihan Barang Asas, LPG dan Drum Komuniti yang akan diperluas ke-34 kawasan baharu termasuk di Sabah meningkat kepada RM200 juta

• RM100 juta untuk pihak berkuasa pelaburan serantau termasuk Lembaga Pelaburan dan Ekonomi Sabah (SEDIA)

Hajiji juga gembira melihat subsidi padi bukit diwujudkan semula dengan peruntukan RM40 juta untuk tahun depan.

Ini akan memberi manfaat kepada hampir 10,000 penanam padi di Sabah yang mengusahakan sekitar 7,000 hektar padi bukit.

Ketua Menteri itu juga berharap keselamatan Sabah terutama di ESSZONE melalui ESSCOM juga dapat ditingkatkan dengan peruntukan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan RM17 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan rakan di Persekutuan untuk memastikan Belanjawan Nasional 2021 berjaya dilaksanakan.

bottom of page