top of page

BELIA PRIHATIN, KOMUNITI BERSATU: PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK SEMARAKKAN RAMADAN

  • nabalunews
  • Mar 28
  • 1 min read


28 Mac 2025


TELUPID: Skuad Antidadah Daerah Telupid dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan berjaya melaksanakan Program Belia Bersama Masyarakat.


Antara pengisian program yang bermula jam 11 pagi itu ialah Penyediaan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan di Masjid Jamek Yusuf Al-Qardhawi, Pekan Telupid.


Ketua Pegawai AADK Sandakan, Aisyah Abdul Karim berkata, penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan amat penting sebagai langkah membentuk generasi muda yang bertanggungjawab dan bebas daripada pengaruh negatif.



Katanya, program yang dianjurkan kali ini jelas mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan melibatkan penyertaan aktif pelbagai agensi serta organisasi tempatan.


“Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia di samping memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Telupid Sabah, Felix Joseph Saang turut memuji kerjasama erat antara semua pihak dalam merealisasikan program ini.


Katanya, beliau turut berharap agar inisiatif seperti ini terus diperluaskan sebagai platform memperkasa belia di masa hadapan.


Manakala Pengerusi Penganjur, Tuan Emmanuel Atin, yang juga Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Telupid merangkap Presiden Majlis Belia Daerah Telupid (MBDT), berkata kejayaan program ini membuktikan bahawa apabila belia, agensi, dan masyarakat bersatu, perubahan positif dapat dicapai.


"Program ini bukan sahaja mengenai penyediaan bubur lambuk, tetapi simbol solidariti dan keprihatinan terhadap komuniti. Kami percaya belia adalah ejen perubahan yang mampu membawa impak besar kepada masyarakat," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page