top of page

Belia tempatan pamerkan bakat dan keterampilan sukan di Karnival Belia Dan Sukan, Kota Belud

  • nabalunews
  • Sep 28, 2024
  • 1 min read

27 September 2024


KOTA BELUD: Belia tempatan berpeluang mempamerkan bakat dan keterampilan mereka dalam bidang sukan di Karnival Belia dan Sukan yang berlangsung di Kompleks Sukan Botung, Kota Belud, hari ini.


Karnival anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kota Belud ini dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N.8 Pintasan, Kota Belud, Datuk Fairuz Renddan.


Karnival Belia dan Sukan ini meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk komuniti setempat.


Antara acara utama ialah Pertandingan Tarik Tali Tertutup Kota Belud yang menyaksikan penyertaan daripada 7 pasukan.


Selain itu, sukaneka dan acara tradisional seperti Sepak Manggis turut mewarnai karnival yang memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian.


Pasukan KB Puller A nyata tiada tandingan dalam pertandingan tarik tali apabila muncul juara.


Naib juara adalah pasukan Tambiloung, tempat ketiga pasukan KB Puller B dan keempat pasukan Rela Team A GC.


Johan menerima hadiah wang tunai RM300 dan hamper, naib johan menerima RM200 dan hamper manakala tempat ketiga menerima RM100 dan hamper.


Karnival ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan tetapi juga memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan belia dan penduduk Kota Belud.


Penganjuran acara sebegini diharapkan dapat menjadi platform untuk belia tempatan mempamerkan bakat dan keterampilan mereka dalam bidang sukan seterusnya mencungkil bakat baharu sukan negara yang mampu menyinar serta membawa cabaran Sabah ke pertandingan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa kelak.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page