top of page

Berang Ditegur Keluar Berhibur, Suami Belasah Isteri

  • nabalunews
  • May 26
  • 1 min read

26 Mei 2025


TAWAU: Seorang lelaki sanggup membelasah isterinya hingga cedera selepas ditegur kerana keluar berhibur dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dilaporkan cedera di kepala dan badan.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis.


Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau terus menjalankan siasatan bagi mengesan suspek.


"Suspek warga tempatan berusia 30-an berjaya ditahan di perkarangan Lapangan Terbang Tawau.


"Suspek terus ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes keganasan rumah tangga," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, punca pergaduhan pasangan terbabit disebabkan suami pergi berhibur di sebuah pusat hiburan.


"Hasil siasatan jenayah lampau juga mendapati suspek pernah dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


"Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page