Beri fokus kepada naiktaraf jalan pelancongan, jemput Duta Pelancongan Sabah ke Kadamaian - EwonBeri fokus kepada naiktaraf jalan pelancongan, jemput Duta Pelancongan Sabah ke Kadamaian - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Beri fokus kepada naiktaraf jalan pelancongan, jemput Duta Pelancongan Sabah ke Kadamaian - Ewon


8 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah agar memberi fokus kepada penaiktarafan jalan-jalan pelancongan luar bandar di Sabah.


Beliau turut meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Jafry Ariffin untuk mempelawa Duta Pelancongan Sabah, Datuk Lee Chong Wei untuk mengadakan lawatan ke Kadamaian, Kota Belud.


“Saya ingin mencadangkan fokus untuk projek pembinaan ini kepada jalan-jalan menuju ke tempat pelancongan luar bandar.


“Kalau Yang Berhormat Menteri (Jaffry) ada kesempatan untuk membawa Chong Wei ke kawasan DUN Kadamaian, kami sangat berbesar hati untuk tunjukkan kepada dunia.


“Tetapi jalan pelancongan ke kawasan pelancongan komunti itu perlu dinaiktaraf ke jalan konkrit. Tunjukkan kepada dunia yang Kadamaian ini sangat cantik tetapi apa yang tidak cantik itu ialah jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Jaffry di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Ewon berkata, peruntukan Kementerian Kerja Raya untuk membaiki jalan menuju ke kawasan pelancongan juga perlu ditambah.

“Ini kerana ia dapat memberi imej kepada Sabah. Bayangkan tempat kita dipuji, tapi jalan kita tidak dipuji nanti Menteri Kerja Raya (Datuk Bung Moktar Radin) pun pening juga,” ujarnya.


Setelah mendengar cadangan itu, Jafry berkata perkara itu akan ditelitikan.

“Terima kasih Adun Kadamaian, atas cadangan yang diberi. Kita akan lihat (nanti).


“Sebenarnya kita meminta lebih untuk ‘community-based tourism’, tetapi itulah yang diluluskan. Kita lihat bagaimana keperluannya untuk kawasan Kadamaian nanti.”

bottom of page