Beri hak kebebasan bersuara kepada pelajar - PM
top of page
  • Farah Salim

Beri hak kebebasan bersuara kepada pelajar - PM


12 Februari 2023

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan terutama universiti di negara ini harus memberi hak kebebasan bersuara kepada golongan pelajar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, kebebasan bersuara kepada pelajar itu termasuklah dalam soal mengkritik mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri dan kerajaan.


Namun, katanya, pelajar juga tidak boleh menyalah gunakan hak kebebasan bersuara tersebut terutama sekali dalam memberi pandangan yang melampau sehingga mampu menggugat keharmonian negara seperti memainkan isu perkauman dan agama.


“Buka ruang terutama kepada institusi pendidikan tinggi supaya universiti buka ruang lebih segar untuk pelajar memberi pandangan.


“Melainkan hal-hal yang mencerca ataupun perkauman atau pandangan yang melampau, yang lain-lain itu dibebaskan termasuk teguran dan kritikan terhadap Perdana Menteri atau kerajaan,” katanya.


Dalam pada itu, anwar menyifatkan universiti dan institusi pendidikan tinggi negara gagal memberikan ruang kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan berminda kritikal.


“Tinggalkan cara lama yang lapuk institusi pendidikan dan menggalakkan pelajar menggunakan hak mereka untuk menjadi kritikal.


“Dengan syarat ia tidak digunakan untuk mengkritik perkara remeh melalui TikTok. Kritikan mestilah melalui wacana akal, kena tambah kefahaman, kena belajar…lihat kritikan lain sebelum mengkritik dan perbaiki kritikan kita,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page