• nabalunews

BERITA PELAKSANAAN PKPD DI BEBERAPA NEGERI DILANJUTKAN ADALAH PALSU – MKN



3 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan telah mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di beberapa negeri seperti yang tular di media sosial hari ini.


Menurut MKN, berita yang tular di media sosial menyebut PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang akan dilanjutkan bermula 6 Dis 2020 hingga 3 Jan 2021.


“Ini adalah berita palsu. Jangan sebar berita yang mengelirukan. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut MKN dalam laman Facebook rasmi agensi itu. - Bernama