Billy Joe ketua baharu Pemuda UPKO Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Billy Joe, ketua baharu Pemuda UPKO Penampang


Billy Joe atau lebih dikenali sebagai Ebell, ketua baharu Pemuda UPKO Penampang

14 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Penampang yang baru dipilih Billy Joe Dominic bertekad memberikan yang terbaik untuk memperkasakan parti itu.


Bagaimanapun katanya tanggungjawab memperkasakan parti bukan hanya terletak pada ketua sahaja sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ahli.

“Saya anggap kepercayaan yang diberikan kepada saya ini adalah satu tanggungjawab untuk kita pikul bersama.

“Saya yakin dan pasti tanggungjawab ini sekiranya kita pikul bersama, tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai. Saya akan memberikan yang terbaik dalam memimpin Pergerakan Pemuda UPKO Penampang bagi membantu memperkasakan lagi UPKO di kalangan Pemuda di Penampang,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Tritahunan Pemuda UPKO Bahagian Penampang, di Ibu Pejabat UPKO, di sini, hari ini.


Billy Joe turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pemuda kerana memberikan kepercayaan kepadanya menerajui Pemuda UPKO Penampang.


“Saya mengalu-alukan kawan-kawan yang belum menyertai mana-mana parti supaya menyertai UPKO. Mari bersama UPKO melahirkan lebih ramai pemimpin berkualiti yang mampu memimpin rakyat Sabah,” katanya.


Mengimbas titik mula penyertaannya dalam UPKO sembilan tahun lalu, Billy Joe berkata, beliau tertarik dengan UPKO kerana parti itu adalah “kilang pemimpin baharu” yang sentiasa membuka ruang dan peluang kepada generasi muda menjadi pemimpin muda.



“Setiap Pilihanraya ramai pemimpin muda diketengahkan sebagai calon, Ketua-ketua bahagian adalah dari kalangan orang-orang muda dan UPKO melahirkan ramai pemimpin muda yang sangat berkaliber.

“Oleh itu saya ingin menerapkan perkara ini sebagai salah satu objektif saya dalam kepimpinan sebagai ketua Pemuda.


“Saya juga ingin mengajak mereka yang berminat untuk menjadi pemimpin supaya menyertai UPKO. Dalam UPKO, pemimpinnya dilatih bukan sekadar untuk bercakap tetapi merealisasikan apa sahaja yang diperjuangkan,” katanya.


Katanya lagi, pemimpin UPKO bukan sahaja lantang bersuara memperjuangkan hak-hak Sabah tetapi mereka juga mampu melaksanakan apa yang ingin diperjuangkan.


“Jika ada rakan-rakan di luar sana yang mahu menjadi seorang pemimpin datanglah ke parti UPKO, Parti ini sedia membimbing anda,” katanya.


Billy Joe yang sebelum ini Setiausaha Pemuda UPKO Penampang mengambil alih jawatan ketua daripada mantan Pemangku KP Penampang Alex Vern.

Tags:

bottom of page