top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bina laluan baharu pendakian Kinabalu dari Kg.Sayap, tambahbaik kemudahan laluan Gunung Nungkok

27 November 2023

Okeh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan supaya laluan baharu pendakian Kinabalu dari Kg.Sayap Kota Belud dibina dan kemudahan laluan Gunung Nungkok ditambahbaik.


Beliau berkata, ini adalah antara focus tambahan kepada pembangunan pelancongan di kawasan Kadamaian termasuk penganjuran program-program pelancongan utama kawasan itu.


“Saya mencadangkan agar Kerajaan menjadikan acara Kadamaian Run dan Tamu Besar Kadamaian sebagai acara besar program tahunan kerajaan di Kadamaian.


“Selain itu saya juga ingin mencadnagkan supaya laluan baharu mendaki Gunung Kinabalu dari Kg Sayap Kota Belud dibina serta menyediakan kemudahan laluan pendaki ke Gunung Nungkok dari Kg Tambatuon dan Kg Lobong-Lobong.


“Ini juga akan menjadikan Kadamaian tarikan pelancongan yang kompetitif,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan Negeri 2024, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Ewon turut mengulangi permohonannya sebelum ini supaya projek Arena Belia dilaksanakan di Kadamaian pada tahun depan.


“Justeru saya berharap ianya dapat dijayakan dan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Comments


bottom of page