Bola sepak punyai nilai sosial dan menyatupadukan masyarakat Bola sepak punyai nilai sosial dan menyatupadukan masyarakat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bola sepak punyai nilai sosial dan menyatupadukan masyarakat


13 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Bola sepak adalah sukan yang mempunyai banyak nilai sosial serta mampu menyatukan masyarakat di setiap pelusuk daerah di negeri ini.


Ketua Pemuda UPKO Malaysia, Felix Joseph Saang berkata, ia jelas dapat dilihat menerusi penyertaan banyak pasukan di setiap Karnival Piala UPKO yang diadakan mengikut zon sepanjang September lalu.


Katanya, beliau amat yakin bola sepak serta sukan lain boleh memainkan peranan penting bukan saja untuk memajukan diri seseorang tetapi juga mempunyai kesan berganda dalam membentuk dan menyatupadukan sesebuah negara.


“Apabila kita berbicara mengenai bola sepak, semua perbezaan hilang begitu saja kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita sama-sama minati.


“Ia jelas dapat dilihat dengan kehadiran begitu ramai penonton dimana sebanyak 40 pasukan bertanding dalam karnival bola sepak kali ini. Tahniah kepada semua,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Zon F (Ranau & Keningau) di Padang Pekan Ranau, di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Bahagian Keningau, Datuk Dr. Laurentius Nayan Ambu dan Ketua Bahagian Ranau, Georgina George serta ketua pemuda dan jawatankuasa penganjur.


Felix berkata, seperti sukan lain, penganjuran bola sepak ini diharap akan memberi ilham kepada rakyat untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dan mendorong mereka berusaha untuk mencapai kejayaan lebih besar.


Sehubungan itu, Felix berkata, sebagai kesinambungan karnival kejohanan ini, Pemuda UPKO Malaysia akan meneruskan kehangatannya dengan penganjuran Liga Juara-Juara antara zon.


Katanya, selain memberi kesedaran para belia mengenai Hari Malaysia, ia juga akan memainkan peranan dalam melahirkan pemain bola sepak ke peringkat tertinggi.


Sementara itu, Karnival Bola Sepak Zon F menyaksikan pasukan Sinarut FC menjadi juara selepas menewaskan pasukan Lion FC dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.


Manakala tempat ketiga disandang pasukan Sosondoton FC yang berjaya menewaskan pasukan Keningau GR.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page