top of page
nabalunews

Bomba ambil masa 27 jam padamkan kebakaran longgokan tayar di Sandakan


14 September 2024


SANDAKAN: Bomba mengambil masa kira-kira 27 jam untuk memadamkan kebakaran longgokan tayar lama di bekas kilang Sandakan Martime Sdn Bhd di sini.


Kebakaran di bekas kilang membuat bot dan scow itu bermula kira-kira 12 tengahari semalam dan hanya dipadamkan sepenuhnya 3.24 petang semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.12 tengahari.


Katanya sepasukan 19 anggota bomba bersama 2 jentera pemadam api, water tanker dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 22 kilometer dari balai.


Severinus yang mengetuai sendiri operasi memadam kebakaran berkata kebakaran longgokan tayar lama itu membabitkan keluasan 2 ekar.


"Kebakaran melibatkan longgokan tayar lama seluas 2 ekar. Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 500 kaki, 4 pancutan dan sumber air dari jentera dan air terbuka (kolam ikan). Operasi ditamatkan sepenuhnya pada hari kedua 13 September jam 3:24 petang," katanya dalam kenyataan semalam.


Katnya api dapat dikawal jam 12.37 tengahari tadi sebelum operasi bomba ditamatkan jam 3.24 petang.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Comments


bottom of page