BOMBA SARAWAK TERUSKAN OPERASI SANITASI DI SELURUH NEGERIBOMBA SARAWAK TERUSKAN OPERASI SANITASI DI SELURUH NEGERI
top of page
  • nabalunews

BOMBA SARAWAK TERUSKAN OPERASI SANITASI DI SELURUH NEGERI


18 JAN 2021


KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan menumpukan operasi sanitasi awam di Sibu dan Miri berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di kawasan berkenaan.


Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata pihaknya juga akan menumpukan kerja sanitasi awam di kawasan yang dilanda banjir.


“Pasukan bomba akan melakukan kerja sanitasi di pusat pemindahan sementara setelah mangsa banjir berpindah keluar untuk kembali ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata sejak 30 Mac tahun lepas sehingga kini, agensi itu telah melakukan sejumlah 2,257 operasi sanitasi awam di seluruh negeri iaitu Kuching (736), Miri (483), Sibu (222), Samarahan (140), Bintulu (123), Sarikei (140), Limbang (100), Sri Aman (73), Kapit (66), Betong (61), Mukah (57) dan Serian (56).


Premis yang disanitasi melibatkan 908 bangunan kerajaan, tempat perhimpunan (369), tempat ibadat (192), pasar awam (80), kawasan perumahan (60), hotel (52), pasar raya (47) dan kilang (dua).


Katanya sanitasi wajib turut dilaksana di semua balai bomba termasuk jentera dan peralatan dua kali sehari. -Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page