Bomba selamatkan 17 mangsa terperangkap banjir di Kg Iban, Merotai
- nabalunews
- 10 minutes ago
- 1 min read

24 Mei 2025
TAWAU: Seramai 17 mangsa yang terperangkap banjir dalam kejadian di Kampung Iban, Merotai pagi tadi berjaya dipindahkan ke tempat selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa terdiri daripada tiga Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 12 lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
"Pasukan Bomba bertindak memindahkan kesemua mangsa terperangkap banjir ke tempat selamat dengan menggunakan bot orang kampung.

"Paras air mulai surut dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 pagi dan tiba di lokasi pada jam 11.39 pagi bersama sepasukan tujuh anggota serta sebuah jentera.
Katanya, pihaknya dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai seramai 20 orang dalam operasi tersebut.
Selain itu, katanya, agensi lain turut terlibat seepti polis (empat orang) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai tiga orang.
Jemishin berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.03 petang.
Comments