top of page

Bomba selamatkan kucing di tiang jejambat

  • nabalunews
  • Nov 7, 2024
  • 1 min read


7 November 2024


PENAMPANG: Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang berjaya menyelamatkan seekor kucing yang berada di tiang jejambat Bukit Padang yang berketinggian kira-kira 10 meter.


Operasi menyelamat haiwan tersebut dilakukan selepas bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.01 petang Khamis.


Sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor kucing berada di tiang jejambat yang berketinggian kira-kira 10 meter dan pihak bomba bertindak menggunakan tangga jentera untuk menyelamatkan kucing tersebut.


Kucing itu kemudiannya dibawa turun dengan selamat.


Namun tidak diketahui, bagaimana kucing berkenaan boleh berada di struktur berkenaan dalam keadaan lalu lintas yang sibuk.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page