Bomba selamatkan remaja perempuan cuba terjun bangunan
- nabalunews
- Sep 3, 2024
- 1 min read

3 September 2024
LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan diselamatkan pasukan bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tingkat satu di bangunan kedai di Reno Fajar, di sini, malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.11 malam.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 5 kilometer dari balai.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun dari tingkat satu di bangunan kedai.
“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan remaja itu dari cubaan terjun bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, remaja itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam,” katanya.
Comments