top of page

Borneo Safari kali ke-33 beri impak positif sektor pelancongan Pedalaman: Marshal

  • nabalunews
  • Oct 27, 2025
  • 1 min read

Marshal menyampaikan cendera kenangan kepada Datuk James Wong.
Marshal menyampaikan cendera kenangan kepada Datuk James Wong.

27 Oktober 2025


NABAWAN: Penganjuran Borneo Safari kali ke-33 terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan sukan di Sabah khususnya di daerah pedalaman seperti Nabawan.


Salah satu destinasi sebelum ke daerah Tongod Dan Telupid dengan penyertaan seramai 800 peserta melibatkan 280 kenderaan pacuan empat roda dari dalam serta luar negara hadir ke program tersebut selama lapan hari di negeri ini.


Kehadiran peserta antarabangsa seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand, Thailand, China, Filipina, Indonesia, Sri Lanka, Rusia, Hong Kong, Mongolia, Jepun Dan Brunei Darussalam sekali gus membuktikan penganjuran acara pacuan empat roda lasak itu kini menjadi antara tarikan ikonik dunia bagi peminat sukan ekstrem.

Kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang menarik perhatian orang ramai di Nabawan.
Kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang menarik perhatian orang ramai di Nabawan.

Pegawai Daerah Nabawan Marshal Anthony ketika ditemui berkata, kehadiran ramai pelawat telah membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat setempat, termasuk peniaga kecil, pengusaha makanan, inap desa dan pengusaha pelancongan kampung.


"Untuk daerah Nawaban kita bersyukur dengan lambakan orang ramai datang ke sini akan memberikan impak ekonomi kepada peniaga-peniaga tempatan termasuklah warga Nabawan yang jarang-jarang dilawati oleh pihak luar" katanya.


Sementara itu, Pengurus Perlumbaan Boreno Safari Sabah 2025, Datuk James Wong memaklumkan penyertaan peserta luar negara meningkat saban tahun kerana Borneo Safari dianggap sebagai satu-satunya pertandingan pacuan empat roda paling mencabar di rantau ini.


Katanya, memang banyak perserta luar negara sertai pertandingan ini kerana ini satu-satunya pertandingna pacuan empat roda lasak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page