top of page

Bot Langgar Syarat Sah Lesen Ditahan

  • nabalunews
  • Mar 25
  • 1 min read

25 Mac 2026


KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot selepas dikesan melanggar syarat sah lesen ketika memasuki perairan negara, kira-kira 7 batu nautika barat Tanjung Simpang Mengayau, hari ini.


Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, bot berkenaan dikesan menerusi maklumat daripada Sistem Pengawasan Laut

(SWASLA) Sabah.


Katanya, berdasarkan maklumat itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut berjaya memintas untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan berdaftar di Malaysia namun lesen operasi telah tamat tempoh, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.


“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, empat kru termasuk tekong berusia lingkungan 27 hingga 50 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua anak kapal dan tekong ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Katanya, semua suspek bersama bot telah ditahan dan diiring ke jeti untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.


Sehubungan itu, Hasbullah berkata, pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.


Katanya, dalam masa sama, pihaknya turut menyeru orang ramai khususnya komuniti maritim agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut.


“Maklumat boleh disalurkan menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page