top of page

BPJKK Kota Marudu Santuni Peniaga, Edar Risalah Pencegahan Jenayah

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Photo Kredit : IPD Kota Marudu
Photo Kredit : IPD Kota Marudu

5 Februari 2026


KOTA MARUDU: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), IPD Kota Marudu turun padang melaksanakan program santuni dan edaran risalah pencegahan jenayah kepada peniaga-peniaga setempat di sekitar Kampung Pinggan-Pinggan dan Kampung Mempakad, Pitas.


Program yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), Asisten Superintendan Jailix Amindang itu dilaksanakan bersama anggota BPJKK ini dan menyasarkan golongan peniaga sebagai penerima utama.


Pengedaran risalah tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga agar sentiasa berwaspada.

Photo Kredit : IPD Kota Marudu
Photo Kredit : IPD Kota Marudu

Ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah harta benda mahupun jenayah siber yang semakin berleluasa.


PDRM IPD Kota Marudu komited untuk terus melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah secara berterusan.

Photo Kredit : IPD Kota Marudu
Photo Kredit : IPD Kota Marudu

Inisiatif ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page