BSPT Penampang anjur kempen keselamatan jalan raya di SMK Bahang
- nabalunews
- Oct 24, 2024
- 1 min read

24 Oktober 2024
PENAMPANG: Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Penampang terus memperkukuhkan usaha mendidik pengguna jalan raya dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang, pada Rabu.
Polis Daerah Penampang dalam satu perkongsian di Facebook berkata, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, khususnya para pelajar, mengenai kepentingan berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Program advokasi ini memberi tumpuan kepada amalan keselamatan yang perlu dipatuhi demi mengurangkan risiko kemalangan.
Inisiatif seperti ini dijangka dapat mendidik generasi muda agar lebihr peka terhadap keselamatan semasa berada di jalan raya.















Comments