top of page
Wartawan Nabalu News

Buat enakmen negeri pungut 40 peratus hasil persekutuan di Sabah - Ewon


22 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar satu enakmen baharu bertujuan memungut semula hasil persekutuan di bawah Perkara 112 C & D dibuat di Dewan Undangan Negeri.


"Perkara 112 C & D Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan pemberian semula dua perlima atau 40 peratus hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah.


"Untuk ini, saya mencadangkan agar sebuah enakmen baharu iaitu Enakmen Pemungutan Semula Hasil Persekutuan di Sabah dapat diwartakan di Dewan Undangan Negeri supaya kita terus memungut hasil ini tanpa perlu dihantar ke persekutuan.


"Di bawah enakmen ini, kita boleh tetapkan terma dan mekanisme pemungutan hasil tersebut sesuai dengan Perkara 112 C & D Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Ewon menyatakan demikian hari ini di Dewan Undangan Negeri dalam ucapan perbahasan beliau ke atas ucapan dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Comments


bottom of page