Buaya 200 Kilogram Ditangkap
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

28 Oktober 2025
SANDAKAN: Seekor buaya seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di bawah sebuah rumah di Kampung Sungai Obar, Batu 7, awal pagi Selasa.
Kehadiran reptilia berkenaan disedari penduduk selepas terdengar anjing menyalak kira-kira jam 1.30 pagi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapten Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.42 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak pantas untuk mengesan haiwan berkenaan
“Pasukan operasi kemudiannya menutup mata buaya berkenaan menggunakan selimut keselamatan bagi mengelakkan ia bertindak agresif sebelum dijerut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, operas melibatkan seramai lapan anggota termasuk seorang pegawai dengan bantuan dua buah kenderaan jenis Light Rescue Vehicle (LRV).
“Operasi menangkap reptilia berkenaan mengambil masa 49 minit sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.53 pagi.
“Operasi berjalankan lancar tanpa sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini berlaku,” katanya.
Sehubungan itu, Sulaiman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai.
Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 sekiranya ternampak haiwan liar yang boleh mengancam keselamatan.


















Comments