top of page

Buaya baham lembu ditembak mati

  • nabalunews
  • Oct 24, 2024
  • 1 min read


24 October 2024


LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menembak mati seekor buaya jantan di ladang kelapa sawit di Blok 25, Felda Sahabat, di sini, Isnin lalu.


Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, buaya dari spesis tembaga yang dianggarkan sepanjang 4.42 meter itu ditemui di kawasan anak sungai kecil selepas dikatakan membaham seekor lembu.


Menurut Sylvester, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran buaya di kawasan ladang kelapa sawit itu daripada penduduk kampung sebelum menghantar sepasukan 4 kakitangan JHL ke lokasi berkenaan untuk tindakan susulan.


Katanya, kehadiran buaya berkenaan menimbulkan kebimbangan penduduk selepas ia membaham seekor lembu.


Selepas buaya itu berjaya ditemui di kawasan anak sungai kecil, pasukan operasi JHL melepaskan dua das tembakan ke arah reptilia itu.


Sylvester berkata bangkai haiwan berkenaan kemudiannya dilupuskan dengan cara ditanam.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page