Budaya debat wajar jadi norma baharu dalam politik: Anwar
top of page
  • Farah Salim

Budaya debat wajar jadi norma baharu dalam politik: Anwar



13 Mei 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya debat sewajarnya dijadikan norma baharu dalam politik Malaysia.


Anwar yang juga Presiden PKR berkata, ini penting dalam mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu-isu semasa tanah air di mana pemimpin akan berkongsi idea dalam aspek memajukan negara.


Katanya, apa yang paling penting ialah rakyat di bawah dapat mendengar dan menilai dengan baik


“Meski kita faham wujudnya gejala ‘disillusionment’ di kalangan rakyat saat ini, kita tidak harus berganjak dari komitmen kita kepada sistem baru yang sihat dan adil,” katanya melalui perkongsian Facebooknya, hari ini.


Debat Perdana antara Anwar dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur semalam, menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan antara topik utama perbincangan netizen melalui media sosial hari ini.


Debat itu membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara. Ia merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.


Bahagian kedua pula mengenai 'Masa Depan Malaysia' yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page