top of page
  • Wartawan Nabalu News

Budaya kerja berkualiti perlu ditingkatkan - Shahelmey


Shahelmey menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim; Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang (tiga dari kiri).

15 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTATAN: Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menekankan pentingnya meningkatkan budaya kerja berkualiti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.


Beliau berkata, budaya kerja yang beretika dan berintegriti adalah aspek penting untuk mencapai kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.


“Kita perlu menjalin jaringan kerja yang baik diantara jabatan, agensi, dan masyarakat setempat untuk kesejahteraan semua,” kata beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri, Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat.


Beliau berkata demikian pada Majlis Riang Ria Raya mengagihkan kuih raya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat, di sini, kelmarin.


Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada jabatan dan agensi yang ada di daerah Putatan sebagai tanda ingatan dan penghargaan.


“Sumbangan kuih raya ini adalah untuk menghargai sumbangan mereka dalam memberi khidmat kemasyarakatan untuk masyarakat di sekitar daerah Putatan,” jelasnya.


Program agihan kuih raya ini telah dimulakan oleh Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat sejak dua tahun lalu sempena menjelangnya Hari Raya.

留言


bottom of page