Buku kumpulan cerpen kedua Edward Solibi diterbitkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Buku kumpulan cerpen kedua Edward Solibi diterbitkan


Penulis Muda, Edward Solibi menerbitkan buku kumpulan cerpen kedua berjudul "Malam itu Aku Menjadi Angin".

16 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Buku kumpulan cerpen, berjudul, "Malam Itu Aku Menjadi Angin" karya penulis Muda, Edward Solibi, diterbitkan dan kini berada di pasaran.


Buku berkenaan yang memuatkan 26 buah cerpen dan sebahagian besar menceritakan pengalaman diri, turut menterjemah impian dan cita-cita penulis dalam konteks kehidupan bermasyarakat.


"Buku kumpulan cerpen ini merupakan buku kumpulan cerpen saya yang kedua dan ditulis menggunakan bentuk penulisan terkini, dan turut mengadaptasi gaya penulisan realisme magis yang semakin diminati penulis Sabah. Namun tetap membawa mesej yang positif kepada masyarakat yang semakin kompleks hari ini." Kata Edward, dalam satu kenyataan.


Edward yang juga merupakan Bendahari Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), merasa gembira dan bersyukur dengan penerbitan buku berkenaan, selepas buku kumpulan cerpen beliau yang pertama, "Menggenggam Inspirasi".


Buku itu terbitan Iris Publishing di bawah Dana Kementerian Kewangan Malaysia / Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.


Edward, penulis yang berasal dari Tamparuli ini meminati bidang penulisan kreatif sejak di bangku sekolah dan mula menulis sejak tahun 2014. Karya pertama beliau berbentuk puisi bertajuk "Terbang Burung Terbang" disiarkan dalam majalah Wadah DBP, tahun 2015.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku kumpulan cerpen kedua Edward ini, bolehlah menghubungi beliau di nombor telefon 019-9258307 atau Facebook, Edward Solibi atau emel edwardsolibi@gmail.com.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page