Buku pantang larang, kepercayaan gahib masyarakat KadazandusunBuku pantang larang, kepercayaan gahib masyarakat Kadazandusun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Buku pantang larang, kepercayaan gahib masyarakat Kadazandusun


Anna Vivienne (kanan) menyampaikan buku itu kepada Pegawai Perhubungan Adun Kadamaian, Rowindy Lawrence.

4 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Buku mengenai pantang larang dan kepercayaan ghaib masyarakat Kadazandusun akan menemui pembaca di kawasan Kadamaian tidak lama lagi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick membeli 20 buah buku hasil karya Anna Vivienne bertajuk ‘Hauntings and Ghostly Whispers’.


“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Ewon kerana terus menyokong saya menghasilkan buku-buku seumpama ini dengan membeli buku-buku saya.


“Ia juga adalah antara galakan kepada golongan belia masyarakat kita untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris kerana cerita ini ditulis menggunakan bahasa Inggeris yang mudah,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Tambahnya, Datuk Ewon sangat menyokong sepanjang usaha penulisannya dan dia amat berterima kasih atas dorongan itu.


Anna Vivienne juga berharap agar pemimpin masyarakat lain di negeri ini turut menyokong buku-buku hasil karyanya dengan membelinya untuk diedarkan kepada para pelajar atau belia di kawasan mereka.


Beliau juga berharap penggiat perfileman di negeri ini mengambil cerita daripada buku-buku karyanya kerana ia amat menarik untuk tontonan masyarakat tempatan.


“Selain menghiburkan, cerita yang terkandung dalam buku ini juga bermaklumat,” katanya.


Sehingga kini Anna Vivienne berjaya menghasilkan dua buah buku. Buku pertamanya bertajuk ‘Strange Magic and Supernatural Encounters’, manakala buku keduanya bertajuk ‘Hauntings and Ghostly Whispers’.


Buku-buku tersebut boleh dibeli daripada penulis atau di kiosk seni C4 Laman Seni Wisma Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page