• Wartawan Nabalu News

BUNG SAMPAIKAN BANTUAN BAKUL MAKANAN DI DUN LAMAG


WAKIL Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di kawasan DUN Lamag.

1 NOVEMBER 2020


KINABATANGAN: Sebanyak 1,082 bakul makanan diagihkan-agihkan kepada penduduk di 12 buah kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata bantuan itu adalah untuk meringankan bebanan yang dihadapi penduduk kampung semasa penularan Pandemik Covid-19.

Bung Moktar

"Saya telah meminta para pegawai saya melakukan agihan ini dan memastikan tidak ada penduduk yang tercicir dari menerima sumbangan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

Beliau yang kini berada di ibu negara kerana persediaan menghadiri persidangan Parlimen berharap penduduk di kawasan itu bersabar sementara menunggu pegawai-pegawai beliau datang menghulurkan sumbangan.

“Oleh kerana kita terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan ditambah lagi faktor logistik pergerakan untuk menghantar bantuan, bagaimanapun saya memberi jaminan bantuan akan disampaikan,” katanya.


Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada Penjara Pusat Kepayan.



Sumbangan untuk Penjara Pusat Kepayan.