BUNUH BAPA: LELAKI DIREMAN TUJUH HARIBUNUH BAPA: LELAKI DIREMAN TUJUH HARI
top of page
  • nabalunews

BUNUH BAPA: LELAKI DIREMAN TUJUH HARI


19 NOV 2020


JELEBU: Seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu, dibuat di hadapan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam insiden 9.30 pagi semalam, seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, di sini dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal bagaimana pun berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian. - Bernama



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page