top of page

Bunuh bekas isteri, nelayan dihukum penjara 35 tahun, 12 sebatan

  • nabalunews
  • Aug 13, 2024
  • 1 min read


13 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Seorang nelayan dihukum penjara 35 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya pada Februari 2020.


Melo Guli, 41, diperintah menjalani hukuman itu selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Faridz Gohim Abdullah mendapati tertuduh bersalah membunuh Rina Ahmad, 36.


Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh didakwa membunuh mangsa yang bekerja sebagai penjual sayur di sebuah bilik tingkat dua, salah satu bangunan di Kompleks Segama, di sini pada jam 2.30 petang, 11 Februari 2020.


Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Agoes, manakala peguam Goldam Hamid mewakili tertuduh.


Perbicaraan kes itu bermula pada 30 Oktober 2023 dengan seramai 14 saksi dipanggil pihak pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.


Tertuduh kemudian diarah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.


Melo kemudiannya memberikan bukti bersumpah sewaktu memberi keterangan sebagai saksi tunggal ketika membela diri pada 11 Julai lalu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page