top of page
Wartawan Nabalu News

Cadangan pemegang taruh akan dijadikan input dalam Belanjawan 2024: Ewon



22 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 yang dihadiri lebih 300 peserta dari pelbagai persatuan perniagaan, koperasi, dewan perniagaan dan usahawan, di sini, kelmarin.


Sesi dialog itu bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada para pemegang taruh yang terlibat dalam agenda pembangunan keusahawanan negara.


Dialog ini berjaya menarik seramai 356 peserta daripada pelbagai persatuan perniagaan, koperasi, dewan perniagaan dan para usahawan.


Seramai 26 peserta mengajukan sebanyak 55 soalan dan pandangan berkaitan penambahbaikan pembangunan keusahawanan di negara ini.



Dialog ini turut dihadiri oleh Pasukan Belanjawan daripada Kementerian Kewangan (MOF).


Ketika berucap pada sesi dialog itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata semua pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh peserta akan dijadikan perbincangan dan input dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada oktober ini.


Sesi dialog seterusnya akan diadakan pada 7 September ini di Sabah melibatkan persatuan perniagaan, koperasi, dewan perniagaan dan para usahawan dari Sabah dan Sarawak.


Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) dan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua-ketua agensi dan pegawai-pegawai kanan kementerian.


Comments


bottom of page