top of page

CAPAIAN INTERNET LEMAH DI KG. RANGGOM: MCMC TURUN PADANG

nabalunews

Ketua Pejabat MCMC Cawangan Keningau, Encik Moris Miting (dua dari kiri) bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan dari Celcom, Digi, Maxis dan YTL mengadakan pertemuan dengan adik Atiqah Nurqistina di Kg. Ranggom baru-baru ini bagi mencari jalan penyelesaian kepada capaian Internet lemah yang dihadapinya

17 Jun 2021


KOTA KINABALU: Susulan masalah capaian Internet lemah yang dihadapi seorang pelajar tingkatan lima di Kg. Ranggom, Keningau Atiqah Nurqistina Jamain, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turun padang membantu pelajar berkenaan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi MCMC, pihsknus mengambil pelbagai usaha bagi memastikan masalah kesalinghubungan di kawasan berkenaan ditangani segera.


“Satu pertemuan antara pihak MCMC dan wakil penyedia perkhidmatan (terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL) dengan pelajar berkenaan telah pun diadakan beberapa hari lalu bagi memahami masalah dan keperluan pelajar yang terkesan itu.


“Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan,” menurut kenyataan itu.


Menurut MCMC, sebagai langkah sementara dalam meringankan kesusahan yang dihadapi oleh adik Atiqah Nurqistina, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kg. Labak Baru Bingkor.


“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau juga boleh mendaftar dan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti (PIK).


“Sewaktu PKP ini, beliau boleh mengguna pakai kemudahan Wifi sedia ada di PIK tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa PKP dan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan,” katanya.


MCMC berkata, untuk penyelesaian jangka panjang, solusi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah pun dirancang.


Katanya, sebuah menara akan dibina oleh pihak Celcom menerusi projek JENDELA di Kg. Sungai Apin-Apin yang terletak lebih kurang 0.77 kilometer dari Kg. Ranggom.


“Pembinaan menara ini yang dijangka siap April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dan para penduduk di sekitar Kg. Ranggom,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page