top of page

Carlye Lajimin, Setiausaha Politik Menteri Perindustrian, Keusahawanan Dan Pengangkutan

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

18 Disember 2025


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Carlye Lajimin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.


Carlye mengangkat sumpah jawatan itu pada Majlis Angkat Sumpah Lantikan Setiausaha Politik yang melibatkan semua kementerian di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.


Majlis tersebut berlangsung di Dewan Bangkuasi, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Menara Kinabalu, pada Khamis.

ree

Majlis angkat sumpah disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang kemudiannya menyampaikan watikah pelantikan.


Hajiji dalam ucapannya berkata, semua 18 setiausaha politik yang baharu dilantik perlu memastikan maklumat mengenai inisiatif dan dasar kerajaan negeri sampai ke peringkat akar umbi.


“Peranan setiausaha politik amat penting dalam sistem pentadbiran. Saya mahu semua setiausaha politik membantu kerajaan dan menteri masing-masing, khususnya dalam menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan.


“Yang penting dalam menyampaikan maklumat mengenai Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang akan bermula tahun depan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page