top of page

Carrey Evanne dinobatkan Unduk Ngadau UPKO 2025

  • nabalunews
  • May 18
  • 1 min read

18 Mei 2025


KOTA BELUD: Carrey Evanne Kim Lee berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 2025, yang berlangsung di Dewan Kadamaian Square, di sini, pada Sabtu.


Carrey, mewakili UPKO Kimanis berjaya menewaskan 17 peserta lain yang turut mara ke pusingan akhir.


Menerusi kemenangan itu, Carrey membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tiara, trofi, sash, jambangan bunga berserta hadiah iringan lain.

Tempat kedua pula berjaya dimenangi Magdlena Dinoh yang mewakili UPKO Kota Marudu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.


Manakala tempat ketiga dimenangi Gadrette Gregory mewakili UPKO Tanjung Malim, Perak, yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 berserta trofi, jambangan bunga dan hadiah iringan.


Tempat keempat milik wakil dari UPKO Kota Kinabalu, Arcyca Alex yang menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta jambangan bunga dan hadiah iringan.

Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Alvina Lidin mewakili UPKO Kota Belud; Vyolla Debra Isidore (UPKO Papar) dan Alysheron Maunsiong(UPKO Keningau).


Semua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800, RM600 dan RM500 beserta trofi, jambangan bunga dan hadiah iringan lain.


Terdahulu, sambutan Kaamatan UPKO 2025 itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang juga Presiden UPKO Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page