top of page

Cedera Tengkuk Ketika Mendaki: Penyelidik Wanita Tergelincir di Gunung Kinabalu

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read


7 Mei 2025


RANAU: Seorang pendaki wanita cedera di tengkuk selepas tergelincir dalam kejadian di Kilometer 6 laluan Panalaban, Gunung Kinabalu, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Mangsa, Aderina Dukit, 41, yang juga seorang penyelidik tempatan dikatakan terjatuh ketika melalui laluan licin dan mencabar.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.30 pagi daripada Malim Gunung.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) yang bergegas ke lokasi kejadian.


“Dalam operasi menyelamat, pasukan MoSAR segera memasang ‘skuler’ pada leher mangsa sebagai langkah kecemasan bagi menstabilkan keadaan mangsa.


“Pasukan operasi kemudiannya diusung menggunakan pengusung khas Rubensen stretcher sehingga ke Timpohon Gate,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Katanya, operasi menyelamat kemudiannya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari.


Sementara itu, operasi menyelamat membabitkan dua pasukan MoSAR, iaitu MoSAR 2 dan MoSAR 3.


Anggota MoSAR 2 terdiri daripada PBB Feliks Taimin, Francis Suati, Willy Wilson, Sirai Bungkong, Jenderio R. Doimin, dan Jayrel Tony.


Manakala anggota MoSAR 3 pula terdiri daripada Almi Joan, Feranideh Medi.

Manakala pasukan ParkSAR, Henrelee Henry, Jerry Calvin Patrick, dan RT Richard Yulong.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page