Cemas kereta rempuh kedai
- nabalunews
- Feb 9
- 1 min read

9 Februari 2025
TAWAU: Seorang pemandu wanita ‘panik’ apabila kereta dinaiki tiba-tiba bergerak sendiri sebelum merempuh pintu kaca premis kedai di Lorong Bintang, Batu 3, Jalan Apas, pagi tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, wanita berusia 62 tahun terbabit yang terlupa menukar gear ke 'P' selepas meletak kenderaannya terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian hanya melibatkan kerosakan pada kereta dan premis tanpa sebarang kecederaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapat, pemandu meletakkan kenderaannya di petak parkir hadapan premis kedai tanpa mematikan enjin.
"Apabila pemandu wanita itu turun dari kereta Proton Saga miliknya, dia terlupa untuk menukar gear ke 'P'.
“Kejadian mengakibatkan keretanya bergerak ke depan dan terus merempuh premis berkenaan,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu memandu tanpa kecermatan hingga menyebabkan kemalangan.
Comments