top of page

CEUPACS: Penjawat awam perlu fokus kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


PUTRAJAYA: Penjawat awam diingatkan untuk memberi keutamaan kepada tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa dipengaruhi sebarang agenda yang boleh menjejaskan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat berkata, penjawat awam perlu mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak melibatkan diri dalam perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan imej serta kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.


“Penjawat awam adalah tunjang kepada kestabilan pentadbiran negara dan perlu sentiasa menunjukkan sikap profesional, berintegriti serta memelihara tatasusila dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, sebagai jentera pelaksana dasar kerajaan, penjawat awam harus mendukung sepenuhnya prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan nasional.


Beliau berkata, sebarang tindakan yang menyimpang daripada prinsip tersebut bukan sahaja mencemarkan nama baik perkhidmatan awam, malah boleh mengganggu kelangsungan sistem pentadbiran negara.


“Sehubungan itu, CUEPACS menggesa semua penjawat awam untuk kekal fokus kepada amanah yang telah diberikan dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi atau aktiviti yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam di mata rakyat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page