Chan adakan kunjungan hormat ke atas KM Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Chan adakan kunjungan hormat ke atas KM Sabah

27 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.


Kunjungan adalah bersempena lawatan sulung Chan ke Sabah sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember lepas.


Ia turut disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi kementerian itu.


Menurut Chan, pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan.


Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.


Tambahnya, beliau berkongsi aspirasi serta komited untuk bekerjasama dalam pelbagai perkara terutama bagi menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian, selain akan meneruskan siri jelajah dalam sektor pertanian dan agromakanan di wilayah tersebut.


Pada lawatan ini juga, Chan turut mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri merentasi semua subsektor agromakanan disertai Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian di Sabah bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan untuk terus memperkukuh industri pertanian secara mampan.


Sesi sebegini juga akan dilaksanakan secara bersiri dan berterusan di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak bagi terus memperkukuhkan agenda keterjaminan sekuriti makanan negara.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page