COVID: 1,470 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN DICATAT HARI INI - KP KESIHATANCOVID: 1,470 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN DICATAT HARI INI - KP KESIHATAN
top of page
  • nabalunews

COVID: 1,470 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN DICATAT HARI INI - KP KESIHATAN


13 Mac 2021


KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 1,470 kes baharu COVID-19 selain tiga kematian dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata dalam tempoh itu juga, 1,830 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 di negara ini sebanyak 304,492, sementara angka keseluruhan kematian kini berjumlah 1,206 kes.



“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,458 merupakan kes tempatan melibatkan 1,099 warga tempatan dan 359 bukan warganegara sementara 12 lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu paling tinggi dengan 551 kes, diikuti Sarawak (222 kes) dan Pulau Pinang (178 kes).


Sementara itu, beliau berkata sebanyak 162 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 orang memerlukan bantuan pernafasan.


Dr Noor Hisham berkata Kuala Lumpur mencatat 158 kes; Johor (101); Perak (72); Sabah (71); Kelantan (40); Perlis (29); Terengganu (14); Kedah (13); Pahang (lapan); Negeri Sembilan (enam); Putrajaya (empat); Melaka (dua) dan Labuan satu kes.



Mengenai kes kematian baharu, beliau menjelaskan kesemua individu berkenaan adalah lelaki warganegara berusia dalam lingkungan 52 hingga 82 tahun dengan masing-masing menghidap penyakit kronik.


Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak dua kluster baharu dikesan hari ini, masing-masing melibatkan kluster di tempat kerja iaitu Kluster Jalan Mega Cemerlang di Johor dan Kluster Jalan Pria di Kuala Lumpur.


“Pertambahan dua kluster baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan di negara ini ialah 1,234 manakala 426 kluster masih aktif,” katanya.


Sebanyak 16 kluster turut diisytihar tamat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat ialah 808, katanya. - Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page