COVID-19: 245 KES SEMBUH, 106 KES ADALAH DI SABAHCOVID-19: 245 KES SEMBUH, 106 KES ADALAH DI SABAH
top of page
  • nabalunews

COVID-19: 245 KES SEMBUH, 106 KES ADALAH DI SABAH



16 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 245 kes telah pulih Covid-19 dilaporkan hari ini (16 Oktober) di seluruh negara termasuk 106 kes di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hashim Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 12,259 kes atau 65.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada jumlah keseluruhan kes yang telah pulih Sabah (106 kes); Selangor (59 kes); Kedah (53), Wilayah Persekutuan Labuan (lapan kes),Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Terengganu dan Kelantan masing-masing tiga kes, Pahang dan Perlis juga masing-masing satu kes,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page