COVID-19 : 63 KES POSITIF BAHARU DI SABAH, 1 KES KEMATIAN
top of page
  • nabalunews

COVID-19 : 63 KES POSITIF BAHARU DI SABAH, 1 KES KEMATIAN



8 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 63 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif 58,796 kes dan satu kes kematian dicatatkan di Sandakan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 63 kes, sebanyak 25 kes (39.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 18 kes (28.6%) adalah dari saringan bergejala, 13 kes (20.6%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tujuh kes (11.1%) dari lain-lain kategori.

“Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 17 kes, diikuti Kunak sebanyak 11 kes, Kota Kinabalu (lapan kes), Penampang (tujuh kes), Kalabakan dan Keningau masing-masing empat kes. "Manakala Sandakan dan Kota Belud masing-masing mencatatkan dua kes, Semporna dan Kota Marudu masing-masing satu kes. “Daerah-daerah lain pula tidak mencatatkan kes baharu hari ini dan lima daerah kekal di Zon hijau iaitu Kudat, Pitas, Tambunan, Tenom dan Tongod.

Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 98 orang menjadikan jumlah kumulatif 57,499 orang. "Seramai 574 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 237 orang di hospital dan 337 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 28 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page