Covid-19: 71 kes kematian dan 2,015 kes baharu di Sabah hari iniCovid-19: 71 kes kematian dan 2,015 kes baharu di Sabah hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: 71 kes kematian dan 2,015 kes baharu di Sabah hari ini



15 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINBALU: Bilangan kes kematian dan kes baharu akibat Covid meningkat pada hari ini iaitu sebanyak 71 kes kematian dan 2,015 kes baharu direkodkan.


Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes kematian tersebut, 21 kes di Kota Kinabalu, 18 kes di Sandakan, dan 15 kes di Tawau.


"Manakala, Lahad Datu dan Penampang masing-masing mencatatkan tiga kes, dua kes masing-masing di Kota Belud dan Papar manakala satu kes di Kota Marudu, Putatan, Kalabakan, Pitas, Kinabatangan, Tuaran dan Keningau," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Bagaimanapun, menurut beliau bilangan kematian itu tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.


“Dari segi pecahan kes mengikut daerah, Kota Kinabalu kekal sebagai daerah dengan bilangan kes Covid-19 tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 310 kes, diikuti Papar (232 kes), Sandakan (158 kes), Tuaran (128 kes), Lahad Datu dan Penampang masing-masing 108 kes serta Kota Marudu 106 kes,” katanya.


Menurut Masidi, saringan kontak rapat masih lagi penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,118 kes manakala, 632 kes adalah daripada saringan bergejala, 81 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (184 kes).


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,220 kes, Kategori 1 pula sebanyak 665 kes, Kategori 3 sebanyak lima kes, Kategori 4 dan Kategori 5 masing-masing sembilan kes, dan sebanyak 107 kes masih dalam siasatan.


“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,943 orang menjadikan jumlah kumulatif 152,329 orang,” katanya.


Tambah beliau, seramai 202 orang pesakit memerlukan penjagaan kritikal iaitu merangkumi 161 orang di unit rawatan kecemasan dan 41 orang ditempatkan di kubikel akut. Manakala 67 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page