COVID-19: 801 KES BAHARU SELURUH NEGARA, 546 KES DI SABAHCOVID-19: 801 KES BAHARU SELURUH NEGARA, 546 KES DI SABAH
top of page
  • nabalunews

COVID-19: 801 KES BAHARU SELURUH NEGARA, 546 KES DI SABAH


28 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) daripada 801 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah, 89 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya; 271 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 186 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 28 Oktober (hari ini) pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada 801 kes baharu pada hari ini, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara dan juga bukan warganegara yang tiba dari negara Iran dan Arab Saudi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page